10 Simptom Dosa

10 Simptom Dosa

Cegah sebelum parah. Bagaimanapun, kebanyakan orang lazimnya menunggu tanda atau simpton penyakit baru hendak berubat.

Siapa yang tidak tahu bahawa mengambil garam atau gula berlebihan menyebabkan darah tinggi, kencing manis, strok dan sebagainya? Namun ramai mana orang buat-buat tidak tahu sehinggalah didiagnosis, barulah beringat dan berubat.

10-Simpton-Dosa

Tidak mengapa, ia adalah urusan dunia. Namun yang paling kita takuti adalah jangan kita mati dengan hati yang berpenyakit. Kelak ia akan menjejaskan amalan kita. Maka janganlah kita tidak mengendahkan simptom-simpton yang menunjukkan bahawa dosa semakin membarah dalam hati kita. Barah dosa kebiasaannya disebabkan oleh ‘pengambilan’ maksiat yang berlebihan.

Berikut adalah simptom-simptom barah dosa di hati yang disebabkan maksiat sebagaimana yang dikenal pasti oleh ulama:

1) Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati.

2) Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah.

3) Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya.

4) Urusan peribadi dirasakan rumit dan sulit.

5) Resah gelisah dan lemah semangat.

6) Semakin berani buat maksiat lagi.

7) Bertangguh taubat dan istighfar.

8) Merasa remeh perkara berkaitan agama.

9) Tidak berfikir tentang masa depan akhirat.

10) Tidak malu orang tahu kita bermaksiat.

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat dijadikan panduan dalam menghadapi kehidupan akhirat kelak dan kita sampaikan.

Wallahuaklam.

Rujukan: Solusi#61:32-33 (10 Simptom Dosa).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *