3 Karekter Masa Yang Harus Kita Fahami

3 Karekter Masa Yang Harus Kita Fahami

1) Ramai yang mengakui bahawa dia ada masa ataupun tiada masa, tetapi bagaimana ‘ada’ dan ‘tiada’ bagi masa dinilai jika karekter masa tidak difahami sebaiknya?

3 Karekter Masa Yang Harus Kita Fahami

2) Mari kita kenali tiga karekter utama bagi masa. Apabila sudah mengenali, moga-moga nkmat masa yang Allah peruntukkan kepada kita dapat dimanfaatkan sebaiknya.

3) Pertama- Masa Hanya Milik Allah. Tidak ramai yang mengambil berat bahawa nikmat 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun bukan milik manusia. Ia merupakan nikmat kurniaan Allah swt yang diberikan kepada manusia bukan atas tujuan sia-sia.

4) Bukti masa adalah hak milik Allah seperti yang terdapat pada ayat 13 Surah al-An’am, maksudnya: “Dan kepunyaan Allah segala yang ada pada malam dan siang. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Malam dan siang silih berganti dalam sehari, justeru bilakah waktu milik manusia? Jawapannya, tiada.

5) Kedua- Tidak Boleh Diundur. Sifat masa yang tidak boleh diundur mesti selari dengan tindakan manusia iaitu meneruskan kehidupan.

6) Ramai orang mengharap masa boleh diundur kembali untuk menebus kesalahan masa lalunya seperti tidak menumpukan perhatian ketika belajar, ponteng sekolah ataupun bertangguh untuk menyiapkan tugasan yang diberi cikgu. Hakikatnya, masa tetap bergerak ke hadapan dan tidak mungkin untuk dianjakkan ke belakang.

7) Ketiga- Disiplin Yang Tinggi. Masa merupakan contoh terbaik untuk melatih seseorang memimpin dirinya agar dapat menguruskan nikmat masa yang Allah anugerahkan.

8) Lihat sahaja bumi yang tetap berputar di atas paksi, manusia menyaksikan pertukaran malam dan siang setiap hari pada kadar yang sama. Atas disiplin putaran bumi ini, manusia dapat merancang aktiviti seharian dengan lebih tersusun.

9) Karekter disiplin bagi masa ini secara langsung dapat membentuk karekter disiplin terhadap manusia. Sesorang yang berdisiplin tidak akan menjadikan hidupnya sia-sia, dan sudah pasti dia betul-betul menghargai nikmat masa yang Allah anugerahkan kepadanya.

Wallahu’aklam.

Semoga apa yang kita kongsikan dapat kita amal dan sampaikan.

Sumber- Gen-Q 16: 40-41.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *