3 Wasiat Rasulullah Yang Harus Kita Ketahui

3 Wasiat Rasulullah Yang Harus Kita Ketahui

1) Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Temanku (yakni Rasulullah SAW) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara; i) Berpuasa tiga hari pada setiap bulan. ii) Mengerjakan dua rakaat solat dhuha. iii) Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”. (Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim).

3 Wasiat Rasulullah Yang Harus Kita Ketahui

2) Berpuasa – Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: ” .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya ” (Hadith Riwayat Tabrani).

3) Solah Dhuha – Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan)sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi).

4) Solat Witir – “Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh.” (Ahmad).

Semoga apa yang kita kongsikan dapat kita amal dan sampaikan, Insyaallah.

Sumber: nasbunnuraini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *