6 CIRI GURU AGAMA ISLAM YANG BERKUALITI

6 CIRI GURU AGAMA ISLAM YANG BERKUALITI

Berikut adalah 6 ciri guru mengikut Islam yang perlu untuk menjadi guru yang berkualiti:-

1) Akrab dengan Allah -Allah akan berikan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran menghadapi kerenah manusia.

2) Tawaduk -Ilmu tidak akan singgah dalam hati manusia yang sombong seperti cahaya yang tidak menatulkan sinar pada cermin yang berkarat.

3) Takut kepada Allah -“Seorang yang tidak takut kepada Allah, cakapnya tidak akan berkesan kepada orang lain seperti air yang jatuh ke atas telur burung kawasari (burung unta).” – Sayidina Ali.

4) Warak -Orang yang warak tidak celupar, tidak cepat menghukum dan tidak menyakiti hati manusia.

5) Menghormati orang lain tanpa syarat -Kejujuran seseorang boleh dilihat pada layanannya kepada seseorang yang dia tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya.

6) Ajar + Ajak -Guru bukan hanya mengajar, tetapi yang lebih penting mesti “mengajak” anak muridnya.

6-CIRI-GURU-AGAMA-ISLAM-YANG-BERKUALITI

Wallahuaklam.

SUMBER: GenQ 21.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *