7 UBAT PENYAKIT DENGKI

7 UBAT PENYAKIT DENGKI

Berikut adalah 7 ubat penyakit dengki yang boleh kita amalkan.

1) Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT pinjamkan.  Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati tengok kejayaan orang lain.

UBAT PENYAKIT DENGKI

2) Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang datang dekat kita.

3) Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.

4) Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.

5) Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan.  Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.

6) Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.  Biasanya kalau kita tidak berbuat begitu, nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.

7) Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain.  Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara-mara.

Wallahuaklam.

Sumber: GEN-Q 05:48 (7 UBAT PENYAKIT DENGKI).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *