Adab Membeli Belah

Adab Membeli Belah

Di antara adab membeli belah yang boleh kita praktikkan adalah seperti berikut:

1) Hendaklah membaca doa masuk ke pasar atau kedai.

2) Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja mengikut turutan berikut:

  •  Daruriyyat – asasi sperti makananan
  •  Hajiyyat – bantu hidup seperti kereta
  •  Tahsiniyyat – pelengkap seperti barang kemas

3) Elakkan berhutang.

4) Dapatkan pandangan daripada orang yang memang ahli dalam urusan pemebelian jika membeli produk yang kita tiada ilmu tentangnya.

5) Elakkan pembaziran dengan membeli melebihi keperluan atau membeli benda-benda yang tidak perlu.

6) Pastikan barangan yang dibeli itu halal dan tidak melalaikan.

7) Jauhi penipuan dan menawar dengan kadar yang merugikan penjual.

8) Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan tiada pilihan.

9) Sediakan senarai benda yang hendak dibeli supaya tidak membuang masa.

10) Jaga muamalat antara lelaki dan wanita.

11) Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas yang tidak mampu mengankat barang berat dan sebagainya.

Wallahu’aklam.

Sumber: Solusi #37 (Adab Membeli Belah).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *