AL-QURAN Teman Di Alam KUBUR

AL-QURAN Teman Di Alam KUBUR

Rasulullah S.A.W. pernah bercerita tentang alam kubur mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia . Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kubur lelaki tersebut yang amat dekat dengannya.

AL-QURAN  Teman Di Alam KUBUR

Tanya lelaki itu kepada makhluk tersebut: Siapa kamu wahai makhluk?

Jawab makhluk tadi kepada lelaki berkenaan: “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”.

Berbakti kepada Ibu bapa melalui Al-Quran

Mendengar kata-kata makhluk tersebut, barulah lelaki yang di dalam kubur itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya lelaki itu telah dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah S.W.T. Betapa gembiranya lelaki tersebut detalah beliau dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga yang teramat indahnya kepada lelaki itu. Allah juga telah memerintahkan kepada malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutnya ayah dan ibu lelaki tersebut sambil berkata: “Wahai Malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”.  Jawab Malaikat; “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidupnya.”

Masya-Allah… ruginya kalau kita tidak mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidup kita ini.

Baca satu huruf Al-Quran dapat 10 ganjaran pahala

Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W. dan Kalam Allah S.W.T. yang maha suci. Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan Al-Quran akan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak.

Dalam kisah ini, kita dapat mempelajari satu lagi cara untuk berbakti kepada ibu dan bapa kita, iaitu dengan membaca Al-Quran. Berbanggalah kita dengan nikmat yang Allah S.W.T. turunkan ini, dan sama-samalah kita mengambil peluang dengan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah sekurang-kurang satu ayat (kalau tak mampu nak baca panjang-panjang).  Biar sedikit dan berterusan dari banyak tapi buat kadang-kadang. Semoga dengan membaca dan memahami Al-Quran kita akan dapat menentukan Kemana ROH Kita Selepas Mati, InsyaAllah.

Wallahuaklam (AL-QURAN  Teman Di Alam KUBUR).

2 thoughts on “AL-QURAN Teman Di Alam KUBUR

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *