Amalan Sunat Hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

1) Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat. Sabda Baginda s.a.w., maksudnya: “Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.” -Riwayat al-Balhaqi.

Amalan Sunat Hari Jumaat

2) Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa’id meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” -Riwayat al-Nasa’i dan al-Balhaqi.

3) Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak.” -Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan.

4) Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang dirawayatkan Abu Hurairah.

5) Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sabda Baginda yang bermaksud: “Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya.” -Riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan.

Mohon like fanpage fb kami di-> http://facebook.com/islam.my

Wallahu’aklam.

Sumber

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *