ANAK SUSAH MAKAN KERANA ASYIK MENGHADAP PERMAINAN

ANAK SUSAH MAKAN KERANA ASYIK MENGHADAP PERMAINAN

Ramai yang menghadapi masalah anak susah makan bukan kerana penyakit tetapi susah untuk memanggil anak mereka makan ketika dia sedang leka menghadap permainannya. Kerana keasyikan mereka bermain maka mereka kurang menumpu perhatian apabila diajak makan oleh ibubapa mereka.

ANAK SUSAH MAKAN KERANA ASYIK MENGHADAP PERMAINANNYA

Anak susah makan – cara terbaik memanggil mereka makan

Bagi anak susah makan, untuk mendapatkan perhatian anak-anak dan menpengaruhi secara lebih efektif, kita perlulah menggunakan strategi-strategi berikut:

  1. Dapakan si anak di tempat mereka bermain itu, bukan menjerit-jerit dari dapur ataupun tempat makan.
  2. Sebelum bercakap, tarik perhatian mereka dahulu. Pastikan kita memang berhadapan dengan anak.
  3. Pastikan ada hubungan mata (eye contact). Pandang mereka dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dari segi visual nampakkan sikap kita yang prihatin dan kasih sayang.
  4. Letakkan sebelah tangan di bahu anak sambil terus menatap matanya. Kemudian barulah bercakap dengan penuh hikmah dan kasih sayang. In Shaa Allah, mereka akan memberi reaksi yang terbaik.
  5. Gunakan nada yang menyenangkan dan kata-kata positif untuk menggambarkan permintaaan anda. Carilah solusi untuk keadaan yang ‘menang-menang’ iaitu memberi kebaikan dan kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.

Mungkin kita merasakan pendekatan di atas lebih sesuai untuk anak yang masih kecil. Bagaimana dengan anak yang lebih dewasa?

Pemerhatian dan kajian telah dibuat oleh para pengkaji di mana mereka mendapati bahawa majoriti kanak-kanak (1-14 tahun) lebih cenderung untuk mendengar dan mengikuti. Mereka mudah dan lebih terpengaruh oleh persekitaran (ibu bapa, ahli keluarga, kawan, persekolahan dan kejiranan).

 

Untuk anak yang berumur lebih tua perlu diberikan arahan atau ajakan lebih jelas maksudnya. Contohnya, “Masa untuk makan malam hampir siap. Lima minit lagi kita berkumpul di meja makan, ok…!”

Apa yang penting di sini adalah elakkan daripada terusan berleter terhadap anak-anak dan mengungkit kelemahan-kelemahan mereka.

Semoga apa yang kita kongsikan di sini dapat kita jadikan tips dan panduan dalam mengasuh anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan bertakwa.

Wallahuaklam.

Sumber: Q&A 30:52 (ANAK SUSAH MAKAN).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *