ANTARA SYURGA DAN NERAKA

ANTARA SYURGA DAN NERAKA

Daripada Ibnu Masu’d RA katanya sabda Rasulullah SAW, “ Syurga adalah hampir kepada seseorang daripada tali kasutnya dan neraka pun seperti itu juga”. -Bukhari

ANTARA-SYURGA-DAN-NERAKA

Huraian Hadith:

  1. Orang-orang Islam hendaklah sentiasa mengerjakan amalan soleh supaya dia dikasihi dan mendapat tempat di dalam syurga.
  2. Hadis ini memberi peringatan bahawa untuk mendapatkan syurga adalah mudah sekali iaitu bagi orang yang membiasakan hidupnya dengan amalan-amalan soleh dan sentiasa menghindarkan diri daripada perkara maksiat. Demikianlah juga amat mudah bagi seseorang itu untuk masuk neraka iaitu bagi orang yang hanya mengikut hawa nafsu.
  3. Orang yang beriman sepatutnya tidak menganggap remeh kebajikan yang kecil untuk dilakukan dan tidak juga kejahatan yang kecil untuk di jauhi, kerana kadang-kadang kebajikan yang kecil itulah yang menyebabkan seseorang itu mendapat rahmat dan kejahatan yang kecil itu menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

SUMBER: JAKIM

One thought on “ANTARA SYURGA DAN NERAKA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *