APAKAH HUKUM BERKAHWIN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM?

APAKAH HUKUM BERKAHWIN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM?

Soalan: Seorang teman meluahkan hasrat untuk mengahwini lelaki bukan Muslim yang dikenalinya setahun yang lalu. Katanya, mungkin setelah berkahwin nanti, lelaki itu akan memeluk Islam. Bolehkah begitu Ustaz?

Jawapan:

Haram bagi seorang wanita Islam berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, apa pun agamanya dan apa pun akidahnya. Selagi mana lelaki tersebut tidak menganut Islam, maka tidak harus bagi seseorang perempuan Muslimah sama ada anak dara atau janda untuk berkahwin dengannya.

Pengharaman ini telah disepakati oleh para imam dan para ulama Muslimin. Ini ialah hukum-hakam yang telah disepakati oleh umat Islam semenjak zaman Rasulullah. Orang yang mengharuskannya dihukum terkeluar daripada agama.

apakah hukum berkahwin dengan orang bukan islam

Dalil hukum ini ialah firman Allah: “Wahai orang yang beriman! Apabila orang perempuan beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka. Dan Allah lebih mengetahui bahawa mereka beriman. Sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang kafir. Mereka tidak halal bagi orang kafir itu dan orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka.” (Surah Mumtahanah: 10).

Wallahuaklam.

Rujukan: Al-Ustaz 26:13 (apakah hukum berkahwin dengan orang bukan islam).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *