APAKAH KELEBIHAN BERWUDUK?

APAKAH KELEBIHAN BERWUDUK?

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.” -Riwayat Muslim.

Huraian Hadith:

  1. Dua kelebihan berwuduk ialah jasad seseorang akan bersih daripada kekotoran dan jiwa pula bersih daripada dosa.
  2. Wuduk yang dilakukan dengan cermat dan sempurna boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan.

APAKAH KELEBIHAN BERWUDUK?

SUMBER: JAKIM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *