APALAH YANG ADA PADA PARAS RUPA

APALAH YANG ADA PADA PARAS RUPA

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.” -Riwayat Muslim.

Huraian Hadith:

  1. Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir,  kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
  2. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
  3. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.
  4. Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya.

APALAH YANG ADA PADA PARAS RUPA

SUMBER: JAKIM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *