MERAIH CINTA ALLAH SWT-BAGAIMANA CARANYA?

MERAIH CINTA ALLAH SWT-BAGAIMANA CARANYA?

Meraih cinta Allah adalah satu kemestian kepada semua muslim tanpada mengira kedudukan, kaya atau miskin. Kejayaan untuk meraih cinta daripada Allah swt akan menjadikan kita hamba Allah yang mendapat keberkataan dan keredhaan-Nya di dunia dan akhirat.  Tiada cinta yang seagung cinta Allah swt.  Sebagai hamba Allah yang taat pada-Nya, kita seharusnya menjadikan cinta pada Allah sebagai cinta tertinggi dalam hidup kita yang mengatasi cinta kita pada benda lain termasuk keluarga, harta benda dan sebagainya.

10 cara bagaimana meraih cinta Allah swt

Berikut adalah sepuluh (10) cara bagaimana kita mampu meraih cinta daripada Allah swt sekiranya kita berdisiplin dan ikhlas dalam mengamalnya. Allah adalah sangat pemurah dan penyayang pada insan-Nya yang ingin meraih cinta sejati daripada-Nya.

  1. Bertadabbur apabila membaca Al-Quran dan cuba faham akan maksudnya.
  2. Memperbanyakkan solat sunat untuk mendekatkan diri pada Allah setelah menunaikan solat wajib.
  3. Sentiasa berzikir pada Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
  4. Dalam segala keadaan, kehendak Allah adalah diberi keutamaan.
  5. Nama-nama dan sifat-sifat Allah sentiasa ditanam dalam hati di samping cuba untuk faham akan maknanya.
  6. Sentiasa bersyukur kepada Allah atas ketentuannya.
  7. Bertawadduk kepada Allah setiap masa.
  8. Beramal, beribadah dan bermunajat pada tengah malam.
  9. Mengambil hikmah dan ilmu dengan bercampur bersama orang-orang yang soleh.
  10. Sentiasa menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita lalai dan tidak ingat pada Allah swt.

MERAIH CINTA ALLAH

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat menjadi petunjuk kepada kita untuk meraih cinta daripada Allah swt. Sekiranya kita berdisiplin dan snetiasa mengamalkan sepuluh (10) perkara di atas, In Shaa Allah, kita akan mampu meraih cinta Allah yang Maha Esa.

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat sama-sama kita amalkan dan sampaikan kepada rakan-rakan kita yang lain, In Shaa Allah. Semoga usaha dakwah kita yang sedikit ini akan mendapat kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.

Wallahuaklam (MERAIH CINTA ALLAH).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *