Balasan Syurga Yang Teramat Indah

Balasan Syurga Yang Teramat Indah

1) Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: “Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.” – Riwayat: Bukhari.

Balasan Syurga Yang Teramat Indah

Huraian Hadith:

2) Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah SWT.

3) Ingatlah, tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah SWT yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah SWT amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA.

Semoga apa yang kita kongsikan dapat kita amal dan sampaikan.

Wallahu’aklam.

Sumber: JAKIM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *