Bersutrah Untuk Solat

Bersutrah Untuk Solat

Solat dengan meletakkan sutrah di hadapan ialah sunnah Rasulullah saw. Sutrah bermaksud penghadang.

Bersutrah-Untuk-Solat

Pesan Baginda saw: “Apabila ada antara kamu hendak solat, maka solatlah dengan menghadap sutrah dan berada dekat dengannya.” (Riwayat Abu Dawud).

Menjadi kelaziman Rasulullah solat dengan meletakkan sutrah di hadapan Baginda, baik semasa bermukim mahupun bermusafir.

Ibn Umar menceritakan: “Apabila Rasulullah keluar pada hari raya, baginda mengarahkan supaya dibawakan sebatang tombak. Kemudian Baginda mencacaknya di hadapan Baginda dan solat menghadapnya, dan orang ramai di belakangnya. Begitulah yang Baginda biasa lakukan semasa bermusafir.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sayang sekali kalau kita tidak menambahkan kesempurnaan solat dengan melaksanakan sunnah Nabi yang satu ini.

Dalam solat berjemaah, memadai hanya imam yang bersutrah.

Wallahuaklam.

Rujukan: Solusi#61:13 (Bersutrah Untuk Solat).

One thought on “Bersutrah Untuk Solat

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *