CARA-CARA MENGENALI TUKANG SIHIR

CARA-CARA MENGENALI TUKANG SIHIR

Berikut adalah di antara perkara-perkara yang membolehkan kita mengenali si tukang sihir:

  1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainyaMenyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
  2. Memberi azimat-azimat tertentu.
  3. Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami.
  4. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.
  5. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian.
  6. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.
  7. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
  8. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.
  9. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
  10. Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan.
  11. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau  pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

CARA-CARA MENGENALI TUKANG SIHIR

Wallahu’aklam.

Sumber

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *