CARA ELAK MARAH MENGIKUT RASULULLAH

CARA ELAK MARAH MENGIKUT RASULULLAH

Bagaimana untuk menguasai kemarahan dan bagaimana hendak elak marah atau memadamkan api kemarahan? Rasulullah SAW ada menunjukkan cara-cara untuk meredakan kemarahan dalam diri.

Atiyyah bin Urwah al-Sa’di pernah menceritakan bahawa Rasulullah ada berpesan: “Marah itu berasal daripada syaitan. Manakala syaitan pula diciptakan daripada api.  Oleh itu, api dapat dipadamkan dengan air.  Maka, apabila salah seorang antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk.” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Dawud).

Dari sudut jasmani, apabila kita berwuduk, kita akan berasa segar seolah-olah baru sahaja mandi. Hal ini kerana wuduk mengaktifkan kekuatan tubuh badan kerana semua titik kekuatan tubuh terdapat pada anggota wuduk di samping tekanan emosi lebih menenangkan berbanding sebelumnya.

CARA ELAK MARAH

Ketika marah, emosi akan menguasai akal dan menyebabkan seseorang boleh bertindak secara melulu.  Oleh itu, sekiranya sedang marah, cara yang terbaik untuk elak marah ialah berdiam diri dan beredar seketika dari tempat tersebut.

Tujuannya supaya kita mampu menahan diri daripada menghamburkan kata-kata nista dan menyakiti seseorang dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 35:85 (CARA ELAK MARAH MENGIKUT RASULULLAH).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *