CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI

CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI

Abu Hurairah menceritakan: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Perumpamaan seseorang yang keluar berjihad (mujahid) di jalan Allah, sedangkan Allah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad di jalan-Nya sama seperti perumpamaan seseorang yang berpuasa dan mendirikan solat.  Dan Allah menjaga sesiapa yang berjihad di jalan-Nya. Andainya Allah mematikan; akan dimasukkannya ke dalam syurga ataupun Allah mengembalikannya dengan selamat (di dunia) bersama ganjaran dan harta rampasan perang.'” (Riwayat al-Bukhari).

CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI

4 Ciri-ciri Menjadi Mujahid Sejati

1) Ikhlas– disebutkan dalam hadis di atas, “sedangkan Allah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad di jalan-Nya” beerti kejayaan seorang mujahid di sisi Allah bergantung pada niatnya yang ikhlas.  Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala yang terbuku di hati makhluk-Nya.

2) Sabar– Sepertimana ibadah puasa yang menguji kesabaran, begitulah sifat seorang mujahid yang sangat sinonim dengan sabar sepanjang pejuangannya. Mujahid akan sentiasa sabar dengan mengutamakan tuntutan agama berbanding tuntutan hawa nafsunya.

3) Syukur– Ibadah solat ialah ibadah terbesar yang melambangkan seorang hamba itu bersyukur kepada Allah. Demikianlah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW apabila ditanya oleh isterinya tentang kesungguhan Baginda beribadah sedangkan Baginda sudah dijamin syurga.

4) Istiqamah– Mujahid perlu konsisten dalam ibadah yang dilakukan. Ini dasar kepada perjuangan yang diperjuangkan. Mujahid dan istiqamah ibarat aur dengan tebing, perlu seiringan.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 35:11 (CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *