Elakkan 6 Wanita Sebegini Daripada Menjadi Isteri

Elakkan 6 Wanita Sebegini Daripada Menjadi Isteri

Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalm institusi kekeluargaan. Oleh yang demikian, Rasululullah SAW telah memberikan kita petua/petunjuk bagaimana memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping.

Wanita Sebegini Daripada Menjadi Isteri

Namun, terdapat juga wanita yang perlu dielakkan daripada dipilih dalam senarai sebagai isteri. Di antaranya adalah wanita yang memiliki kriteria berikut:

1) Wanita “Ananah”– wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2) Wanita “Mananah”– wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3) Wanita “Hananah”– Menyatakan kasih sayangnya kepada orang lain (contoh, bekas suaminya dahulu) yang dikahwininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4) Wanita “Hadaqah”– melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini memeningkan kepala suami. Dia ingin apa saja yang dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.

5) Wanita “Basaqah”– ada 2 makna:

a) Pertama: wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjukkan kepada dunia. Suka melawan. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh melebihi dirinya.

b) Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali diasingkan daripada yang lain dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita “Syadaqah”– Wanita yang banyak berbicara tentang perkara yang sia-sia.

Wallahuaklam.

Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *