Etika Kerja Muslim

Etika Kerja Muslim

Soalan: Di mana-mana tempat kerja akan ada senarai etika yang diterapkan. Adakah terdapat etika kerja Muslim yang diselaraskan dalam Islam?

Etika Kerja Muslim

Jawapan:

Professor Dr. Sa’aduddin Hilali ketika membicarakan perihal etika pekerjaan dalam kitab al-Nihnah wa Akhlaquna menyebutkan bahawa terdapat lima etika kerja:-

  1. Bersih- Pekerjaan tersebut halal dan bebas daripada perkara haram.
  2. Cekap- Melakukan kerja dengan sempurna dan tidak cuai.
  3. Amanah- Sifat yang penting untuk mengelak daripada khianat dalam pekerjaan dan tanda iman seseorang.
  4. Kasih sayang- Rukun yang penting dalam pekerjaan kerana tanpa kasih sayang tidak akan wujud suasana kerja yang produktif.
  5. Tolong-menolong- Sesuatu kerja tidak akan dapat dilaksanakan bersendirian, sebaliknya perlu sikap tolong-menolong antara satu sama lain sehingga tercapai matlamat.

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan.

Wallahu’aklam.

Sumber: solusi 71:66.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *