HARI IBU - APA KATA USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG SAMBUTAN HARI IBU

HARI IBU – APA KATA USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG SAMBUTAN HARI IBU

Hari ibu kebiasaaannya disambut pada hari Ahad ke2 setiap tahun di seluruh dunia.  Sebagai umat Islam, adakah ini dibolehkan atau sebaliknya? Adakah kita terikut-ikut untuk menyambut hari ibu tanpa memikirkan bahawa ianya adalah amalan keagamaan?

Ibu adalah insan yang sangat mulia di dalam Islam dan banyak sabda Rasulullah dan firman Allah mengenai ibu.

HARI IBU - APA KATA USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG SAMBUTAN HARI IBU

 

Apa kata ulama tentang sambutan hari ibu

Baiklah, mari kita dengan pendapat Ustaz Azhar Idrus tentang sambutan hari ibu

Bila sambutan hari ibu?

Buatlah sambutan hari ibu setiap masa dan ketika dan bukannya setahun sekali.

Jika masih nak sambut, sambutan hari ibu hendaklah memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.

 Saranan sambutan hari ibu

Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan Sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.

Sekiranya niat kita tidak dipasang dengan betul, pasti kia akan terikut-ikut sesuatu sambutan yang telah diatur oleh penganut agama lain dan kita juga secara tidak langsung akan mempraktikkan apa yang mereka praktik atas dasar agama mereka.

Wallahuaklam.

SUMBER: Youtube (hari ibu).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *