JAMAK ASAR BERSAMA SOLAT JUMAAT

JAMAK ASAR BERSAMA SOLAT JUMAAT

Terdapat pelbagai pendapat mengenai perkara ini samaada dibolehkan untuk jamak Asar bersama solat Jumaat. Mari kita terokai lebih mendalam soal ini agar apa yang terbenak di dalam pemikiran kita dapat kita jelaskan terutama apabila kita bermusafir.

jamak Asar bersama solat Jumaat

Mengikut Ustaz HajiAzhar Idrus (Q&A 30:30), siapa yang sah musafirnya, maka dia boleh  solat jamak Asar bersama solat Jumaat.  Ada pendapat mengatakan tidak boleh, tapi abaikan. Pandangan muktamad jumhur ulama dan mazhab Syafi’i, kita boleh menjamak solat Asar bersama solat Jumaat (dengan takdim). Apa yang perlu kita lakukan adalah sebaik sahaja selesai solat Jumaat, kita tidak perlu berwirid bersama imam, tetapi harus segera bangun untuk menunaikan solat Asar.

Bila tidak boleh jamak Asar bersama solat Jumaat

Apa yang tidak boleh adalah untuk melakukan jamak takhir iaitu apabila masuk solat Jumaat, kita tidak mahu menunaikan solat Jumaat kerana hendak menunaikannya di dalam waktu Asar nanti.

Semoga ulasan yang ringkas tentang jamak Asar bersama solat Jumaat ini boleh kita jadikan rujukan dan amalkan semasa kita dalam musafir yang sah.

Harap-haraplah  selepas ini kitak tidak lagi merasa was-was samaada ianya dibolehkan atau tidak untuk menjamakkan solat Asar selepas menunaikan solat Jumaat apabila kita bermusafir.  Inilah keindahan Islam yang memberi kemudahan kepada penganutnya dalam segenap segi termasuk dalam soal solat.

Wallahuaklam.

Sila rujuk laman JAKIM untuk rujukan lain.

SUMBER: Q&A 30: 30 (jamak Asar bersama solat Jumaat).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *