Jangan Malu Menuntut Ilmu

Jangan Malu Menuntut Ilmu

Malu itu separuh daripada iman. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah, malu melakukan maksiat dan malu apabila meninggalkan ketaatan.

Jangan Malu Menuntut Ilmu

Pepatah Melayu ada menyebut: “Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.” Dalam usaha menuntut ilmu duniawi mahupun ukhrawi, perasaan malu perlu dikikis habis-habisan. Ini kerana ilmu yang difahami itu nanti boleh dimanfaatkan dan disebarkan.

Sifat wanita Ansar sepatutnya ada dalam diri seseorang yang menuntut ilmu. Sayidatina Aisyah r.ha. memuji: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar. Mereka tidak malu menghalangi diri mereka untuk tafaqquh (mendalami pemahaman) dalam agama.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibn Majjah).

Kita mesti bersikap proaktif dalam menuntut ilmu. Lihat sahaja dalam sesebuah majlis ilmu atau di bilik kuliah, tiada pertanyaan dikemukakan, kononnya malu dikatakan soalan “bodoh”. Ramai juga yang malu dalam menuntut ilmu dengan alasan sudah tua serta otak sudah berkarat atau lembab. Maka, mereka akan berkekalan menjadi orang yang jahil tanpa ilmu. Apabila tiada ilmu, ibadat yang dilakukan hanya sekadar ikut-ikut orang.

Wallahu’aklam.

Semoga apa yang dikongsikan dapat kita amal dan sampaikan.

Sumber: Solusi 45:25.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *