JANGAN TERPEDAYA DENGAN KEINDAHAN DUNIA

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KEINDAHAN DUNIA

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita”. -Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

  1. Islam menghendaki umatnya supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan dan menjauhi segala larangannya.
  2. Islam membenarkan umatnya mencari harta dunia dengan cara yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  3. Setiap pimpinan hendaklah menjalankan pemerintahan dengan adil.
  4. Berlumba-lumba mencari kemewahan dunia dan mematuhi kehendak wanita yang bertentangan dengan syarak adalah di larang.
  5. Dunia  itu seperti buah yang segar dan enak, cantik di mata sedap di rasa.
  6. Peringatan kepada orang yang beriman agar tidak terpedaya dengan keindahan dunia yang melalaikan daripada azab neraka dan nikmat syurga yang   lebih besar, begitu juga dengan wanita, elakkan daripada pergaulan bebas dan perbuatan yang boleh membawa kepada perkara yang terlarang jika wanita itu asing, dan jika isteri sendiri jangan menyebabkan terlanggar larangan Allah atau tertinggal pemerintahan kerana menurut kemahuan isteri.

JANGAN-TERPEDAYA-DENGAN-KEINDAHAN-DUNIA

SUMBER: JAKIM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *