KEINDAHAN AL-QURAN kalau faham maksudnya

KEINDAHAN AL-QURAN kalau faham maksudnya

Kenapa kita membaca Al-Quran tetapi kita tidak faham sepatah pun maksudnya yang tertulis dalam perkataan Arab???

KEINDAHAN AL-QURAN kalau faham maksudnya

Ikuti kisah berikut yang ingin dikongsikan oleh islam-my untuk renungan kita bersama.

Ada seorang lelaki tua tinggal di sebuah kampung pedalaman bersama seorang cucu lelakinya yang bernama Haikal.

Pada setiap pagi, lelaki tua ini akan bangun lebih awal dan duduk di meja dapur sambil membaca Al-Quran. Haikal ingin menjadi seperti datuknya dan cuba untuk mengikuti perbuatan datuknya itu.

Pada suatu ketika, Haikal bertanya, “Atuk! Saya cuba untuk membaca Al-Quran seperti atuk tapi  saya tidak memahaminya dan apa yang saya faham, saya akan cepat lupa. Apa yang saya dapat kalau saya membaca Al-Quran tapi saya tidak memahaminya?”

Dengan tenang si atuk memberi cucunya itu sebuah baldi yang sangat kotor dan bocor sambil berkata, “Bawa baldi ini ke sungai dan ambil air dari sungai itu dan bawa pulang ke rumah.”

Haikal tanpa membuang masa dia terus melakukan suruhan atuknya tadi tetapi semua air bocor keluar dari baldi itu sebelum ia sampai ke rumah. Atuknya tertawa dan berkata, “Kamu harus bergerak lebih cepat lagi.” Maka ia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan dengan baldi itu untuk mencuba lagi. Kali ini Haikal berlari dengan lebih cepat tapi sekali lagi baldinya kosong sebelum dia tiba di rumah. Dalam keadaan yang seolah-olah kehabisan nafas, dia mengatakan kepada atuknya bahawa mustahil membawa air dari sungai hingga ke rumahnya dengan menggunakan baldi yang bocor itu.

Atuknya dengan raut wajah yang penuh ketenangan berkata,“ Lihat baldi yang kamu pegang tu.” Haikal melihat ke dalam baldi itu dan untuk pertama kalinya menyedari bahawa baldi itu sekarang berbeza. Baldi itu telah berubah dari baldi yang kotor kini berubah menjadi bersih luar dan dalam.

“Haikal, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran. Anda tidak boleh memahami ilmu atau mengingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya, kamu akan berubah, luaran dan dalaman kamu. Itu adalah kurniaan yang amat besar daripada Allah Taala di dalam hidup kita.”

Bacalah A-Quran kerana AL-QURAN Teman Di Alam KUBUR nanti.

Wallahuaklam (KEINDAHAN AL-QURAN kalau faham maksudnya).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *