Kelebihan Makan Beramai-ramai

Kelebihan Makan Beramai-ramai

1) Daripada Jabir RA katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, makanan untuk seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang pula dapat mencukupi untuk empat orang, demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang.” -Riwayat: Muslim.

Kelebihan Makan Beramai-ramai

Huraian Hadith:

2) Orang yang bersifat pemurah dan bertimbang rasa akan dikasihi Allah SWT, Rasul dan manusia.

3) Makanan yang sedikit boleh mencukupi dan mengenyangkan ramai orang jikalau ia dimakan beramai-ramai sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

4) Rasulullah SAW melarang kita daripada bersifat kedekut dan bakhil sesama manusia dan makhluk lain.

Semoga apa yang kita kongsikan dapat kita amalkan dan sampaikan.

Wallahu’aklam.

Sumber: JAKIM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *