KELEBIHAN MEMBACA DOA KETIKA SUJUD DALAM SOLAT

KELEBIHAN MEMBACA DOA KETIKA SUJUD DALAM SOLAT

Waktu yang kita paling hampir dengan Allah adalah ketika sujud di dalam solat dan doa ketika sujud pasti akan lebih khusyuk. Berdoa ketika sujud semasa solat adalah amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah di mana Rasulullah pada kebiasaannya akan memanjangkan sujudnya untuk memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di ketika ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Semasa sujud akhir, Rasulullah kebiasaannya akan membaca doa berikut:

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Amalkanlah doa ini dan bacalah doa ketika sujud dalam solat semoga kita mendapat manfaat dan keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Di dalam sabdanya, Rasulullah mengatakan bahawa keistimewaan umatnya yang bersujud adalah:

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.”

Mendengar itu para sahabat bertanya:

“Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah s.a.w.?”

Jawab baginda:

“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung:

“Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

DOA KETIKA SUJUD

Di samping itu, ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud.”

 

Demikianlah betapa Allah memuliakan mereka yang di dalam sujudnya ada doa kepada Allah s.w.t.  Oleh yang demikian, jangan mempersia-siakan membaca doa ketika sujud akhir di dalam solat.

Wallahuaklam.

SUMBER.

5 thoughts on “KELEBIHAN MEMBACA DOA KETIKA SUJUD DALAM SOLAT

  1. “Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud.”

    soalan saya,apakah maksud tanda sujud di dahi itu,adakah kesan seakan akan berwarna hitam(nyata) atau bila kita di hadapan Allah nanti,baru kesan itu akan kelihatan ?
    ….

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *