Kenali Blog Islam-my

Kenali Blog Islam-my

Assalamualaikum W.B.T.

Blog Islam-my yang ditubuhkan pada July 2013 bertujuan untuk berkongsi ilmiah kepada semua pengunjung blog islam-my tanpa mengira batasan agama dan bangsa.  Adalah menjadi harapan kami di Islam-my untuk menyebarkan motivasi dan inspirasi kepada pembaca dalam membentuk jiwa ke arah kekuatan rohani. Kami di Islam-my percaya bahawa kekuatan rohani mampu memotivasikan kita semasa berhadapan dengan masalah dan krisis, yang kadangkala meruntuhkan semangat kita.

Kenali Blog Islam-my

Kandungan blog islam-my adalah hasil rujukan penulis dari pelbagai sumber yang sahih yang kebanyakkannya dipetik daripada buku–buku, majalah dan internet.  Oleh yang demikian, blog Islam-my adalah sangat sesuai kepada semua lapisan pembaca tanpa mengira umur, jantina, keturunan bahkan agama.  Niat utama kami di Islam-my adalah tidak lain tidak bukan untuk membantu dalam menggerakkan usaha dakwah dan mengingati diri (penulis) serta mengajak pembaca dan pengunjung blog Islam-my agar sentiasa mengingati Islam.

Mengapa Blog ini diberi nama ISLAM-MY?

Islam-my bermaksud AKU ISLAM atau ISLAM ADALAH AGAMAKU. Apabila kita mengakui diri kita adalah seorang Islam, maka segala perbuatan kita mestilah berlandaskan Islam sepenuhnya. Semua aspek kehidupan kita termasuk hubungan sesama manusia dari segi social, politik, ekonomi dan segala-galanya mestilah mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga kita dapat memahami KEINDAHAN AL-QURAN kalau faham maksudnya.

Penyumbang artikel untuk Blog Islam-my

Islam-my sangat menghargai artikel yang disumbangkan oleh individu-individu yang ingin berkongsi idea dan pengalaman dengan pembaca–pembaca blog Islam-my. Justeru itu, bolehlah kita bersama-sama membantu mengembangkan dakwah Islamiah menerusi media onl-line sebegini terutamanya blog Islam-my ini.

*Jika tuan-puan muslimin dan muslimah berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk menghantar artikel anda kepada kami, sila baca TERMA & SYARAT  yang telah ditetapkan.

Insyaallah, marilah kita sama-sama berusaha untuk berdakwah dan menjadikan blog Islam-my ini sebagai medium penyumbang kepada perkembangan dan kefahaman Islam sejagat. Semoga Allah S.W.T. merahmati dan memberkati usaha murni kita yang sedikit ini, InsyaAllah.

Akhir sekali, jangan lupa untuk subscribe blog islam-my. Wallahuaklam.

Wassalam.

Admin Blog Islam-my.

One thought on “Kenali Blog Islam-my

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *