7 TIPS ELAK KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

7 TIPS ELAK KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

Ketagihan media sosial menyebabkan wujudnya gaya hidup (terutamanya remaja) yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan diri dengan aktiviti keluarga dan masyarakat.  Mereka teruja memeriksa telefon bimbit dari semasa ke semasa kerana tidak mahu terlepas apa-apa status Facebook, Twitter dan Instagram atau mesej Whatsapp yang dihantar kawan-kawan.

ketagihan-media-sosial

Keterujaan ini membuatkan mereka tidak senang sekiranya tiada telefon bimbit bersama-sama mereka.  Jika anda memiliki simptom-simptom di atas, maka tips ini diharap dapat membantu untuk mengurangkan ketagihan media sosial:

1) Disiplinkan diri dengan menetapkan tempoh tertentu dalam sehari untuk melayari media sosial.

2) Tidak membawa telefon pintar ketika beraktiviti bersama seperti masa makan bersama keluarga.

3) Menghadiri majlis ilmu seperti kuliah, wacana, debat, usrah dan lain-lain.

4) Menyertai program sukarelawan atau melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa program yang bermanfaat di tempat pengajian mahupun tempat tinggal.

5) Sedar bahawa berkemungkinan orang terdekat contohnya ibubapa, adik beradik atau sahabat karib akan terasa hati sekiranya perhatian kita terhadap mereka semakin berkurangan.

6) Meminta bantuan orang yang dihormati dan dipercayai untuk menegur dan memberi perhatian khusus sekiranya kita berperilaku yang kurang menyenangkan.

7) Menampal stiker mini kreatif seperti ‘Allah Maha Melihat’ atau ‘Dah Solat?’ di telefon pintar sebagai peringatan kepada diri.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 35:47 (7 TIPS ELAK KETAGIHAN MEDIA SOSIAL).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *