KETAHUI PERBEZAAN ANTARA SAMAK DAN SERTU

KETAHUI PERBEZAAN ANTARA SAMAK DAN SERTU

Berikut adalah perbezaan diantara samak dan sertu:
SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam/peluntur seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya:

  “Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.” -Riwayat Muslim.

Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

KETAHUI PERBEZAAN ANTARA SAMAK DAN SERTU

SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Wallahu alam. Moga anda mendapat ilmu yang bermanfaat daripada blog ini, Insha-Allah.

SUMBER.

2 thoughts on “KETAHUI PERBEZAAN ANTARA SAMAK DAN SERTU

  1. kalau kereta menggilis anjing (tak sempat mengelak kerana jalan gelap), adakah sy kena sertu kereta saya juga? (cuba mengelak tapi kena juga)

    dan beberapa minggu selepas itu sy membasuh kereta. sedang sy membasuh sy teringat yg sy dah terlanggar anjing. apakah hukumnya?

    apa yg patut sy buat. (T.T)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *