Kisah Pencuri Motor Tegar

Kisah Pencuri Motor Tegar

Mamat adalah seorang pencuri motor yang tegar. Beliau sangat berhati-hati dan licik dalam meloloskan diri.  Suatu hari, Mamat cuba mencuri sebuah motosikal di Masjid.

penuri-motor

Malangnya, kali ini Mamat tidak bernasib baik.  Ahli jemaah masjid mengejar Mamat. Mamat langkah seribu.  Di penghujung jalan, Mamat berhadapan dengan parit selebar 3 meter.  tanpa berfiikir panjang, dia melompat sekuat hati. Di fikirannya, hanya memikirkan nyawanya dalam bahaya.

Tahukah anda, Mamat  yang tidak pernah melompat parit selebar itu berjaya melakukannya? Keesokan pagi, Mamat melalui kawasan ity. Dia berkata: “Tik sangka aku boleh melompat parit sejauh tiga meter ini.” Sejak peristiwa itu, Mamat tidak lagi mencuri tetapi mula memikirkan masa depannya yang cerah dalam acara lompat jauh.

Wallahuaklam.

Sumber: Gen-Q 22 (Kisah Pencuri Motor Tegar).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *