Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Beriktikaf di Masjid

Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Beriktikaf di Masjid

Kisah motivasi yang harus kita baca sebagai pedoman dan pengajaran.

Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Beriktikaf di Masjid

1) Saya jumpa lelaki tua ini yang selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid dan membaca al-Quran sehingga Maghrib. Umurnya dalam lingkungan 70an.

2) Dia duduk di sebuah rumah berkedkatan dengam masjid. Rumahnya agak besar dan cantik. Hartanya di sana sini. Dia ada bangunan komesil di tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta.

3) Pendapatan pasifnya dengan mengutip sewa dalam RM 70k sebulan. Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah dan infaq. Dia  tenang bersendirian melayani anak cucu.

4) Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak. Katanya malu.. Saya minta 1 formula, dia berikan 10.

5) Saya catat dan mahu kongsikan di sini.

6) Pertama- dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab, terus termakbul.. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

7) Kedua- Jaga masa. Ia datang & berakhi.. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan. Berada di masjid, sebelum azan. Masuk waktu, terus lah solat. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki.

8) Ketiga- Berdoa dgn khusyuk. Berserah pada Allah dan bertawakal lah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.

9) Keempat- Namun begitu, kena lah berusaha. Usaha pagi petang siang & malam. Usaha lah bersungguh-sungguh. Usaha bermula dgn berniat. Lepas itu buat, sampai dapat. Kalau tak dapat, usaha yang lain pula. Adakan masa utk baca Al-Quran. Maka dia pun nasihatkan saya.. “Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah Al-Ikhlas. Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari.

10) Kelima- Jaga Kesihatan. Banyakkan berjalan kaki. Banyakkan minum air masak atau air mineral. Jaga pemakanan.

11) Keenam- Hidup kena buat target dan kena ada wawasan. Ikat perut dan usah membazir. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan. Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman pada syait an. Sentiasa lah belanja orang makan dan minum. Apabila makan di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu. Apabila bersih masuk. Di situ kita akan temui ramai org susah. Belanja mereka makan dan minum.

12) Ketujuh- Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan. Apabila dalam perjalanan, berhenti. Cari lah masjid. Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat. Malam, buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak, buat kira-kira untung dan rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.

13) Kelapan- Usah takut jumpa orang. Walau pun 5 minit mahu berjumpa, pergi lah sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Biar kita merangkak panjat bangunan. Biarlah kita ambil masa berhari-hari perjalanan. Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri.

14) Kesembilan- Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih, usah cakap sakit. Apabila sakit, senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang.

15) Kesepuluh- Niat kan mahu kaya. Niat kan mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, macam tulis surat lah. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul-betul.

16) Ayuh kita istiqamah dalam amalan kebaikan. Yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah. Bersama amar maaruf nahi mungkar.

Share lah dengan sahabat-sahabat yang lain.

Wallau’aklam.

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *