Menyegerakan Membayar Hutang Adalah Dituntut

Menyegerakan Membayar Hutang Adalah Dituntut

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”. -Riwayat: at-Tirmizi katanya hadith ini hasan.

Menyegerakan Membayar Hutang Adalah Dituntut

Huraian:

1) Roh seseorang mukmin yang telah meninggal dunia akan tergantung iaitu tidak dapat ditentukan sama ada mendapat rahmat atau seksa melainkan hutang piutangnya dibayar oleh ahli keluarganya yag masih hidup.

2) Islam sangat menggalakkan agar umatnya menjauhkan diri daripada berhutang dan sentiasa berdoa agar tidak diberati dengan hutang piutang, supaya mereka dapat hidup di dalam keadaan tenteram.

Semoga apa yang dikongsikan dapat kita amal dan sampaikan.

Sumber: JAKIM.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *