Mudahnya Bersutrah Ikut Sunnah Rasulullah

Mudahnya Bersutrah Ikut Sunnah Rasulullah

Banyak hadis yang merakamkan sunnah Rasulullah ini. Ada ketika Nabi bersutrahkan dinding, tunggangan, pelana dan tombak.

Mudahnya-Bersutrah-Ikut-Sunnah-Rasulullah

Jika anda belum pernah bersutrah, cubalah. Mudah sahaja, berdasarkan panduan ringkas berikut:

1) Diletakkan di hadapan.

2) Mempunyai ketinggian jelas. (Ada ulama menetapkan had minimumnya setinggi pelana unta).

3) Berada dekat dengannya, dengan anggaran jaraknya dari tempat sujud sekadar laluan seekor anak kambing.

Seorang sahabat menceritakan: “Jarak antara tempat sujud Rasulullah dengan sutrah adalah sekira-kira mencukupi untuk laluan seekor anak kambing.” (Riwayat al-Bukhari).

Sabda Baginda: “Hendaklah kamu bersutrah sekalipun dengan anak panah.” (Riwayat al-Hakim).

Jangan lupa mengamalkan sunnah bersutrah selepas ini.

Baca ini juga Bersutrah Untuk Solat.

Wallahuaklam.

Rujukan: Solusi#61:15 (Mudahnya Bersutrah Ikut Sunnah Rasulullah).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *