Majlis Zikir Adalah Taman Syurga

1) Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Para sahabat bertanya: Apakah itu taman syurga? Jawab Baginda: Majlis Zikir.” -Riwayat at-Tirmidzi.

Majlis Zikir adalah Taman Syurga

Huraian Hadith:

2) Zikrullah bermaksud mengingati Allah SWT. Ia merupakan ibadat yang tidak hanya tertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malah apa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalah termasuk dalam konteks zikrullah.

3) Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah SWT. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripada mengingati Allah SWT, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit dan mudah tertekan.

4) Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dan tercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah SWT sentiasa bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan semasa berzikir. Continue reading…

 

Video Lucah Ustaz Azhar Idrus: Satu Niat Jahat Jatuhkan Ulama

1) Kecoh di media sosial akan penyebaran sebuah video yang dikatakan aksi seks Ustaz Azhar Idrus (UAI). Nakal sungguh dakwaan yang dilemparkan dan dalam satu kenyataan rasmi kepada media, pembantu ulama terkenal itu menafikan semua fitnah tersebut.

Video Lucah Ustaz Azhar Idrus

2) “Bukan, jangan percaya. Itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini. Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini,” ujar Zulkifli Wahab, pembantu UAI.

4) “Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang”.

5) “Justeru pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk jatuhkan ulama & memesongkan akidah umat Islam di negara ini,” tambahnya lagi. Continue reading…

 

6 Fakta Ibu Seorang Pembohong

1) Saat makan.  Jika makanan kurang, dia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata; “Cepatlah makan, ibu tak lapar”.

6 Fakta Ibu Seorang Pembohong

2) Tengah malam ketidak dia sedang menjaga anaknya yang sakit, dia berkata; “Rehatlah nak, ibu temankan. Ibu masih belum ngantuk”.

3) Apabila anaknya sudah berjaya, hidup senang, menjmeput ibunya untuk tinggal di rumah besar. Dia lantas berkata; “Rumah tua kita sangat selesa, ibu tidak biasa tinggal di rumah besar”.

4) Waktu makan, dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata; “Ibu tak suka daging, makanlah nak”.

5) Setelah anak sudah tamat sekolah, bekerja dan mengirim wang untuk ibu, dia berkata; “Simpanlah nak, untuk keperluan mu. Ibu masih ada simpanan”.

6) Dan pembohongan terbesar daripada ibu adalah saat menjelang tua. Ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata; “Jangan menangis nak, ibu tidak apa-apa, IBU NAK REHAR SEKEJAP!”. Continue reading…