12 Golongan Manusia di Padang Mahsyar

Pastinya seram sejuk bila kita membaca info ini kerana dahsyatnya pembalasan di Padang Mahsyar kelak.

12 Golongan Manusia di Padang Mahsyar

1) Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2) Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3) Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4) Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5) Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6) Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7) Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8) Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9) Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10) Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11) Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12) Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah. Continue reading…

 

Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Beriktikaf di Masjid

Kisah motivasi yang harus kita baca sebagai pedoman dan pengajaran.

Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Beriktikaf di Masjid

1) Saya jumpa lelaki tua ini yang selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid dan membaca al-Quran sehingga Maghrib. Umurnya dalam lingkungan 70an.

2) Dia duduk di sebuah rumah berkedkatan dengam masjid. Rumahnya agak besar dan cantik. Hartanya di sana sini. Dia ada bangunan komesil di tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta.

3) Pendapatan pasifnya dengan mengutip sewa dalam RM 70k sebulan. Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah dan infaq. Dia  tenang bersendirian melayani anak cucu.

4) Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak. Katanya malu.. Saya minta 1 formula, dia berikan 10.

5) Saya catat dan mahu kongsikan di sini.

6) Pertama- dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab, terus termakbul.. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

7) Kedua- Jaga masa. Ia datang & berakhi.. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan. Berada di masjid, sebelum azan. Masuk waktu, terus lah solat. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki.

8) Ketiga- Berdoa dgn khusyuk. Berserah pada Allah dan bertawakal lah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.

9) Keempat- Namun begitu, kena lah berusaha. Usaha pagi petang siang & malam. Usaha lah bersungguh-sungguh. Usaha bermula dgn berniat. Lepas itu buat, sampai dapat. Kalau tak dapat, usaha yang lain pula. Adakan masa utk baca Al-Quran. Maka dia pun nasihatkan saya.. “Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah Al-Ikhlas. Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari.

10) Kelima- Jaga Kesihatan. Banyakkan berjalan kaki. Banyakkan minum air masak atau air mineral. Jaga pemakanan.

11) Keenam- Hidup kena buat target dan kena ada wawasan. Ikat perut dan usah membazir. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan. Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman pada syait an. Sentiasa lah belanja orang makan dan minum. Apabila makan di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu. Apabila bersih masuk. Di situ kita akan temui ramai org susah. Belanja mereka makan dan minum.

12) Ketujuh- Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan. Apabila dalam perjalanan, berhenti. Cari lah masjid. Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat. Malam, buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak, buat kira-kira untung dan rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.

13) Kelapan- Usah takut jumpa orang. Walau pun 5 minit mahu berjumpa, pergi lah sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Biar kita merangkak panjat bangunan. Biarlah kita ambil masa berhari-hari perjalanan. Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri.

14) Kesembilan- Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih, usah cakap sakit. Apabila sakit, senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang.

15) Kesepuluh- Niat kan mahu kaya. Niat kan mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, macam tulis surat lah. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul-betul. Continue reading…

 

Tip Beli Jubah Di Tanah Suci

1) Bagi yang hendak membeli baju jubah untuk anak-anak dan ahli keluarga semasa di tanah suci Mekah, sebaiknya ukur dahulu saiz ketinggian anak-anak dan lebar bahu.

Tip Beli Jubah Di Tanah Suci

2) Sama ada kita ukur dengan tali rafia, ataupun tulus di atas kerta inci ataupun sentimeter.

3) Ini bagi mengelakkan kita terbeli jubah yang terlebih besar ataupun kecil.

4) Ini sudah pasti membuatkan kita dan penerima kecewa.

5) Jangan main agak-agak, kerana jarak Mekah dan rumah kita bukan boleh diulang alik.

6) Semak dengan ahli keluarga dahulu, warna pilihan mereka, kerana ada juga anak-anak dan saudara terdekat tidak memakai jubah yang diberikan, gara-gara warna ataupun jenis kain membuatkan badan cepat panas. Continue reading…