Cara Minum Rasulullah

1) Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Cara-Minum-Rasulullah

2) Tidak minum keitka sedang menjamah makanan. Hanya minum sebelum atau selepas makan.

3) Minum pegang gelas dengan tangan kanan, msekipun tangan tersebut bekas kuah.

4) Minum hendaklah duduk bukannya berdiri. Dalam hadis disebutkan “Janganlah kamu minum sambil berdiri.” Dari segi segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger iaitu satu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang anda minum akan disalurkan kepada pos-pos penyaringan yang berada di dalam ginjal. Jika anda minum sambil berdiri, air tersebut automatik akan masuk ke dalam tubuh badan tanpa disaring lagi. Continue reading…

 

Amanah Dituntut Dalam Islam

1) Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” -Riwayat Bukhari dan Muslim.

2) Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”

Amanah-Dituntut-Dalam-Islam

Huraian Hadith:

3) Umat Islam dituntut supaya amanah didalam semua aspek kehidupan mereka.

4) Setiap manusia hendaklah memiliki sifat amanah, kerana dengan adanya sifat amanah seseorang itu akan dipandang mulia.

5) Sifat amanah itu disukai oleh setiap manusia, oleh itu bersihkanlah diri kamu dengan menanamkan sifat amanah dan kejujuran.

6) Amanah merupakan kunci kejayaan hidup seseorang. Sebarang usaha dan pekerjaan yang tidak diikuti dengan amanah akan menghadapi kegagalan.

7) Jauhilah sifat-siat khianat kerana sifat itu membawa kepada lemah iman dan kurang amalan. Continue reading…

 

Al-Quran Pemberi Syafaat di Hari Akhirat

1) Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. -Riwayat Muslim.

Al-Quran-Sebagai-Pemberi-Syafaat-di-Hari-Akhirat

Huraian Hadith:

2) Al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah SWT telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

3) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.

4) Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.

5) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah SWT di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu. Continue reading…