16 Sifat-sifat Orang Yang Bertaqwa

1) “Dan mereka yang membawa (kebenaran) yang dibawa oleh Muhammad dan membenarkannya, mereka itulah orang yang bertaqwa. Mereka memperoleh apa sahaja yang mereka kehendaki dari sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah al-Zumar 39:33-34).

Sifat-sifat Orang Yang Bertaqwa

2) Secara rangkumannya menerusi ayat-ayat suci al-Quran yang berkenaan, sifat-sifat orang yang bertaqwa adalah seperti berikut:-

  1. Beriman dengan perkara-perkara ghaib;
  2. Mendirikan solat;
  3. Menafkahkan sebahagian rezeki;
  4. Beriman kepada al-Quran dan kitab-kitab;
  5. Meyakini adanya kehidupan di akhirat;
  6. Menepati janji apabila berjanji;
  7. Bersabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan peperangan;
  8. Menahan api kemarahan daripada menguasai diri;
  9. Memaafkan kesalahan orang lain;
  10. Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji;
  11. Memohon keampunan Allah setelah melakukan perbuatan-perbuatan dosa dan berazam tidak akan meneruskan perbuatan-perbuatan tersebut;
  12. Sentiasa beristighfar;
  13. Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman dalam kalangan manusia;
  14. Mengagungkan syiar-syiar Allah;
  15. Tidak bersifat sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi;
  16. Memandang kehidupan akhirat yang kekal dan hakiki berbanding dunia.

3) Marilah kita bermuhasabah, apakah sudah ada ciri-ciri orang yang bertaqwa dalam diri kita? Continue reading…

 

Amalan Sunat Hari Jumaat

1) Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat. Sabda Baginda s.a.w., maksudnya: “Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.” -Riwayat al-Balhaqi.

Amalan Sunat Hari Jumaat

2) Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa’id meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” -Riwayat al-Nasa’i dan al-Balhaqi.

3) Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak.” -Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan.

4) Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang dirawayatkan Abu Hurairah.

5) Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sabda Baginda yang bermaksud: “Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya.” -Riwayat Abu Daud dan al-Hakim. Continue reading…

 

Kasih Kepada Rasulullah SAW

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya : Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.-Riwayat At-Tabrani.

Kasih Kepada Rasulullah SAW

Huraian Hadith:

  1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun Baginda sudah wafat.
  2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah SAW dengan sekadar berselawat memuji Baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak Baginda tetapi mengasihi Rasulullah SAW mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh Baginda.
  3. Cintakan keluarga Baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah SAW iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
  4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

Continue reading…