Siapakah Yang Boleh Menjadi Imam

Soalan: Mohon bicara tentang golongan yang boleh dan tidak boleh menjadi imam.

Jawapan: Imam al-Suyuti menyebut dalam kitab al-Asybah wa al-Naza’ir beberapa permasalahan imamah (imam) dan kita nyatakan di sini golongan yang layak dan tidak berkelayakan menjadi imam.

Siapakah-Yang-Boleh-Menjadi-Imam

i) Golongan yang tidak boleh menjadi imam secara mutlak:

  1. Orang kafir.
  2. Orang gila.
  3. Makmum.
  4. Orang yang diragui pada keadaannya apakah dia imam.

ii) Golongan yang boleh menjadi imam sekiranya tidak diketahui keadaannya dan golongan ini, sekiranya jemaah mengikutnya tanpa mengetahui keadaan sebenar imam, maka solat mereka adalah sah:

  1. Orang yang berjunub.
  2. Orang yang berhadas kecil.
  3. Orang yang mempunyai najis yang tidak dimaafkan.

Semoaga apa yang dicatatkan di atas dapat kita jadikan panduan dan sampaikan. Continue reading…

 

Perbezaan Azan dan Iqamat

Soalan: Apakah perbezaan antara azan dan iqamat. Adakah kedua-dua ini berbeza?

Perbezaan-Azan-dan-Iqamat

Jawapan: Perbezaan antara azan dan iqamat adalah seperti berikut:

1) Azan dibolehkan sebelum masuk waktu solat Subuh. Tetapi iqamat tidak boleh dilaungkan sebelum masuk waktu solat.

2) Azan boleh dilaungkan pada awal waktu walaupun solat dilewatkan hingga akhir waktu.  Adapun iqamat tidak boleh dilaungkan melainkan ketika hendak mendirikan solat.

3) Azan disunatkan dua kali untuk solat Subuh, adapun iqamat tidak boleh dilaungkan dua kali, cukup hanya sekali.

4) Makruh bagi seorang wanita melaungkan azan tetapi disunatkan wanita melakukan iqamat.

5) Boleh mengupah orang untuk azan mengikut pendapat terkuat mazhab al-Syafi’i, adapun mengupah orang untuk iqamat hukumnya tidak boleh. Continue reading…

 

Kenali 2 Jenis Maksiat

Maksiat ibarat virus atau bakteria yang menyebabkan hati menjadi sakit.

Kenali-2-Jenis-Maksiat

Bagi orang Mukmin, maksiat itu terbahagi kepada dua:

1) Maksiat batin yang melanda hati – contoh; gila pujian, cinta kedudukan, riyak, sum’ah dan sebagainya.

2) Maksiat lahir yang melibatkan anggota tubuh – contoh; makan berlebihan, hidup bermewah dan membazir, seks haram dan sebagainya.

Maksiat batin lebih berbahaya daripada maksiat lahir.

Semoga apa yang kita kongsi ini dapat kita jadikan panduan dan sampaikan. Continue reading…