Mudahnya Bersutrah Ikut Sunnah Rasulullah

Banyak hadis yang merakamkan sunnah Rasulullah ini. Ada ketika Nabi bersutrahkan dinding, tunggangan, pelana dan tombak.

Mudahnya-Bersutrah-Ikut-Sunnah-Rasulullah

Jika anda belum pernah bersutrah, cubalah. Mudah sahaja, berdasarkan panduan ringkas berikut:

1) Diletakkan di hadapan.

2) Mempunyai ketinggian jelas. (Ada ulama menetapkan had minimumnya setinggi pelana unta).

3) Berada dekat dengannya, dengan anggaran jaraknya dari tempat sujud sekadar laluan seekor anak kambing.

Seorang sahabat menceritakan: “Jarak antara tempat sujud Rasulullah dengan sutrah adalah sekira-kira mencukupi untuk laluan seekor anak kambing.” (Riwayat al-Bukhari).

Sabda Baginda: “Hendaklah kamu bersutrah sekalipun dengan anak panah.” (Riwayat al-Hakim). Continue reading…

 

10 Simptom Dosa

Cegah sebelum parah. Bagaimanapun, kebanyakan orang lazimnya menunggu tanda atau simpton penyakit baru hendak berubat.

Siapa yang tidak tahu bahawa mengambil garam atau gula berlebihan menyebabkan darah tinggi, kencing manis, strok dan sebagainya? Namun ramai mana orang buat-buat tidak tahu sehinggalah didiagnosis, barulah beringat dan berubat.

10-Simpton-Dosa

Tidak mengapa, ia adalah urusan dunia. Namun yang paling kita takuti adalah jangan kita mati dengan hati yang berpenyakit. Kelak ia akan menjejaskan amalan kita. Maka janganlah kita tidak mengendahkan simptom-simpton yang menunjukkan bahawa dosa semakin membarah dalam hati kita. Barah dosa kebiasaannya disebabkan oleh ‘pengambilan’ maksiat yang berlebihan.

Berikut adalah simptom-simptom barah dosa di hati yang disebabkan maksiat sebagaimana yang dikenal pasti oleh ulama:

1) Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati.

2) Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah.

3) Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya.

4) Urusan peribadi dirasakan rumit dan sulit.

5) Resah gelisah dan lemah semangat.

6) Semakin berani buat maksiat lagi.

7) Bertangguh taubat dan istighfar.

8) Merasa remeh perkara berkaitan agama.

9) Tidak berfikir tentang masa depan akhirat.

10) Tidak malu orang tahu kita bermaksiat.

Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat dijadikan panduan dalam menghadapi kehidupan akhirat kelak dan kita sampaikan. Continue reading…

 

Bersutrah Untuk Solat

Solat dengan meletakkan sutrah di hadapan ialah sunnah Rasulullah saw. Sutrah bermaksud penghadang.

Bersutrah-Untuk-Solat

Pesan Baginda saw: “Apabila ada antara kamu hendak solat, maka solatlah dengan menghadap sutrah dan berada dekat dengannya.” (Riwayat Abu Dawud).

Menjadi kelaziman Rasulullah solat dengan meletakkan sutrah di hadapan Baginda, baik semasa bermukim mahupun bermusafir.

Ibn Umar menceritakan: “Apabila Rasulullah keluar pada hari raya, baginda mengarahkan supaya dibawakan sebatang tombak. Kemudian Baginda mencacaknya di hadapan Baginda dan solat menghadapnya, dan orang ramai di belakangnya. Begitulah yang Baginda biasa lakukan semasa bermusafir.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sayang sekali kalau kita tidak menambahkan kesempurnaan solat dengan melaksanakan sunnah Nabi yang satu ini.

Dalam solat berjemaah, memadai hanya imam yang bersutrah. Continue reading…