Tanamkan Rasa Cinta ke Perpustakaan

1. Perpustakaan sinonim sebagai sebuah tempat yang dipenuhi dengan deretan buku dan susunan majalah.

2. Di dalamnya terdapat beberapa orang perpustakawan yang terkenal dengan sikap ulat buku dan ia sentiasa dikunjungi oleh ‘kaki belajar’.

3. Tidak cukup dengan itu, papan tanda ‘sila senyap’ dan ikon ‘diam’ yang diletakkan di dinding-dinding perpustakaan menjadikan pelajar tidak senang dengannya.

Tanamkan Rasa Cinta ke Perpustakaan

4. Namun realitinya perpustakaan adalah tempat untuk membaca buku dan bukan tempat untuk melepak atau bersembang tentang perkara-perkara yang tidak berkenaan.

5. Ayuh, mari kita tanamkan rasa cinta ke perpustakaan melalui 4 cara berikut:

5.1. Langkahan pertama bermula dengan niat. Berniat untuk menjadi seorang yang berilmu dan sentiasa berusaha mencari ilmu dan pengetahuan.

5.2 Mulakan dengan membaca bahan bacaaan ringan seperti surat khabar dan majalah.

5.3 Apabila diri sudah terdidik dengan budaya membaca, bawa tugasan yang diamanahkan oleh cikgu ke perpustakaan. Mulakan mencari bahan-bahan bacaan yang  berkaitan dengan tugasan.

5.4 Kecintaan terhadap buku-buku sudah semakin teguh,luaskan lagi jenis bacaan pada buku pengetahuan am dan bidang lain. Moga-moga semua bidang ilmu dapat diketahui biarpun tidak menguasai sepenuhnya.

6. Semoga apa yang kita kongsikan di sini dapat memanfaatkan semua dan mampu melahirkan generasi yang bijak pandai untuk bekalan di dunia dan akhirat. Continue reading…

 

PENGHARAMAN BABI DALAM AL-QURAN

Terdapat beberapa jenis makanan yang dipericikan dalam a-Quran tentang pengharamannya. Misalnya babi. Terdapat empat tempat yang menyebut tentang pengharaman babi.

PENGHARAMAN-BABI-DALAM-AL-QURAN

1) Surah al-Baqorah 2:173 – “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah.”

2) Surah al-Maidah 5:3 – “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga), kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.”

3) Surah al-An’am 6:145 – “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia kotor.”

4) Surah al-Nahl 16:115 – “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dana tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa).

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Continue reading…

 

SILATURAHIM ADALAH IBADAH

Teknologi seolah-olah menjadi penghalang hubungan antara manusia dengan manusia, sedangkan silaturahim adalah ibadah. Padahal fungsi penggunaan gajet ialah memudahkan perhubungan manusia. Namun kini, masalah ini sudah membarah sehingga turut mengganggu hubungan antara manusia dengan Allah.

SILATURAHIM ADALAH IBADAH

Hakikatnya ini semua merupakan ujian daripada Allah buat kita, sama ada berjaya atau tidak untuk mendepaninya.

Ingat, menyambung silaturahim dikira sebagai ibadah. Umat Islam yang mengeratkan silaturahim bukan hanya semata-mata kerana fitrah kekeluargaan dalam diri, tetapi kerana merupakan satu perintah daripada Allah.

Sesiapa yang menyambung silaturahim akan mendapat banyak kebaikan, antaranya:

1) Hubungannya dengan Allah lebih erat.
2) Diluaskan pintu rezeki dan dipanjangkan umur.
3) Tanda orang beriman.
4) Dimasukkan ke dalam syurga.

Sebaliknya sesiapa yang memutuskannya akan diancam dengan pelbagai keburukan, antaranya:

1) Dipercepatkan balasan amal jahatnya di dunia lagi.
2) Dilaknat oleh Allah.
3) Mereka dietakkan dalam golongan fasiq dan golongan manusia yang kerugian.

Oleh itu, jadikanlah amalan menyebarkan salam ini sebagai satu permulaan kita mengeratkan silaturahim sesama manusia sama  ada dikenali atau tidak. Seterusnya diperkemas lagi dengan senyuman ikhlas, bertanya khabar, berziarah dan sebagainya. Continue reading…