Berjalan ke Masjid Banyak Kelebihannya

1) Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”. -Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi.

Berjalan ke Masjid Banyak Kelebihannya

2) Kelebihan orang yang berjalan menuju ke suatu tempat dengan niat untuk menunaikan sembahyang, terutama sembahyang isyak dan subuh, di mana Allah SWT akan memberi cahaya pada hari akhirat kelak semasa mereka di padang mahsyar.

3) Orang yang paling banyak mengerjakan amal ibadat di dunia akan mendapat balasan baik dan syafaat daripada amalan-amalan tersebut, serta syafaat daripada Allah dan Rasulnya.

Sumber: JAKIM.

 

Cara Wudhu Yang Sempurna Untuk Orang Beriman

1) Cara wudhu yang sempurna adalah sangat penting.

2) Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya, aku telah mendengar orang paling aku sayangi (kekasihku) Rasulullah SAW bersabda, “Perhiasan orang beriman (pada hari kiamat) akan sampai ke tempat sampainya air wudhu’ (pada tangan dan kakinya)”. – Riwayat Muslim.

cara wudhu yang sempurna

3) Orang Mukmin yang beriman dan beramal soleh akan mendapat perhiasan istimewa di Syurga nanti mengikut setakat mana anggota-anggota mereka yang dibasuh ketika mengambil air wudhu’.

4) Allah SWT sangat cinta dan sayang kepada mana-mana hamba-Nya yang beriman kemudian menjaga kebersihan di semua bidang kehidupan sama ada zahir ataupun batin.

5) Galakan membasuh lebih daripada had wajib ketika wudhu pada muka, tangan dan kaki.

Sama-sama kita amalakan cara wudhu yang sempurna ini.

Sumber: JAKIM.