INGAT MATI DAPAT PAHALA

Mengingati mati ialah galakan Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. Meraka yang ingat mati dapat pahala daripada Allah s.w.t.

INGAT MATI

5 manfaat ingat mati

Mengingati mati akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya termasuklah:

1) Lebih menghargai kehidupan

Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia.

Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya.” (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd).

2) Mendorong merancang kehidupan dengan lebih baik

Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan “Begin with the end in mind”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya, dan yang tinggal hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari).

4) Memotivasikan diri supaya tekun bekerja untuk dunia dan akhirat

Kita tidak akan lagi membuang masa untuk perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan menjauhkan diri daripada hiburan yang melalaikan, apalagi maksiat yang memudaratkan.

Imam al-Mawardi menulis dalam kitabnya al-Hawi: “Digalakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melakukan kemaksiatan.”

5) Tiada masa buka aib orang

Mengingati mati menyebabkan kita tiada masa untuk membuka aib orang lain, apalagi bermusuhan dengan mereka. Ia akan selalu menjaga hati dan ucapan daripada perkara-perkara yang boleh merugikannya di dunia dan di akhirat. Continue reading…

 

JOM ANALISIS KUALITI SOLAT KITA

Berapa ramai yang solat namun belum merasai kerehatan dengannya?

JOM ANALISIS KUALITI SOLAT KITA

Untuk menyemak di mana kurangnya solat kita sehingga masih belum mencapai tahap rehat dengan solat, jom analisis kualiti solat kita menggunakan tiga kayu ukur seperti berikut:-

1) Hati

– Pastikan hati kosong daripada sebarang urusan dunia.

– Pastikan dada bukan sahaja menghadap kiblat, sebaliknya hati terasa seolah-olah Allah berada di hadapan.

2) Lidah

– Pastikan setiap bacaan dalam solat difahami.

– Pastikan sebutan jelas dan betul makhrajnya.

3) Anggota Badan

– Pastikan segala rukun dan syarat sah solat dijaga.

– Pastikan bersih daripada najis dan hadas.

– Pastikan tidak banyak bergerak waktu solat.

– Pastikan ada tamakninah.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 16:21 (JOM ANALISIS KUALITI SOLAT KITA).

 

7 INDIKATOR SOLAT YANG MEREHATKAN

Solat itu merehatkan. Bagi siapa? Bagi orang yang khusyuk. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang yang khusyuk” (Surah al-Baqarah 2:45).

7 INDIKATOR SOLAT YANG MEREHATKAN

Indikator Solat yang Merehatkan

1) Terasa seronok dan terunggu-tunggu waktu solat.

2) Seandainya sibuk, seruan azan akan segera disahut tanpa berlengah dan bertangguh.

3) Tiada unsur-unsur riyak, ujub atau sum’ah sebelum, semasa atau selepas menunaikan solat.  Sebaliknya, hati berada dalam keadaan neutral, seimbang antara takut dan berharap.

4) Hati terasa tenang.

5) Terasa ingin memanjangkan solat.

6) Solat secara sukarela, bukan disebabkan sebarang unsur paksaan.

7) Tidak sedar apa yang berlaku di sekitar kerana khusyuk. Ibarat apa yang berlaku dalam kes Nabi Yusuf. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya.” (Surah Yusuf 12:31).

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 16:20 (7 INDIKATOR SOLAT YANG MEREHATKAN).