CARA ELAK MARAH MENGIKUT RASULULLAH

Bagaimana untuk menguasai kemarahan dan bagaimana hendak elak marah atau memadamkan api kemarahan? Rasulullah SAW ada menunjukkan cara-cara untuk meredakan kemarahan dalam diri.

Atiyyah bin Urwah al-Sa’di pernah menceritakan bahawa Rasulullah ada berpesan: “Marah itu berasal daripada syaitan. Manakala syaitan pula diciptakan daripada api.  Oleh itu, api dapat dipadamkan dengan air.  Maka, apabila salah seorang antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk.” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Dawud).

Dari sudut jasmani, apabila kita berwuduk, kita akan berasa segar seolah-olah baru sahaja mandi. Hal ini kerana wuduk mengaktifkan kekuatan tubuh badan kerana semua titik kekuatan tubuh terdapat pada anggota wuduk di samping tekanan emosi lebih menenangkan berbanding sebelumnya.

CARA ELAK MARAH

Ketika marah, emosi akan menguasai akal dan menyebabkan seseorang boleh bertindak secara melulu.  Oleh itu, sekiranya sedang marah, cara yang terbaik untuk elak marah ialah berdiam diri dan beredar seketika dari tempat tersebut.

Tujuannya supaya kita mampu menahan diri daripada menghamburkan kata-kata nista dan menyakiti seseorang dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 35:85 (CARA ELAK MARAH MENGIKUT RASULULLAH).

 

CADANGAN HIDANGAN BULAN RAMADHAN

Puasa di bulan Ramadhan memberi satu kelebihan dari sudut kesihatan. Puasa dapat membersihkan sistem penghadaman, menurunkan paras gula dan kolesterol serta memastikan lemak tubuh dapat digunakan dengan berkesan.

Berikut adalah cadangan hidangan ketika ramadhan:-

HIDANGAN BULAN RAMADHAN

Untuk kita amal dan sampaikan, In Shaa Allah.

Wallahuaklam.

Rujukan: Gen-Q 35: 53 (HIDANGAN BULAN RAMADHAN).

 

UCAPAN TAKZIAH DALAM ISLAM CARA RASULULLAH

Ucapan takziah dalam Islam kebiasaannya diamalkan oleh masyarakat kita dengan menyebut “takziah” kepada seseorang yang ditimpa musibah. Adakah Rasulullah juga mengucapkan takziah?

Ya. Rasulullah juga mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah. Cuma ungkapan takziah tersebut tidaklah hanya disebut seperti kebiasaan masyarakat kita menyebut seperti ungkapan, “Saya mengucapkan takziah kepada kamu.”

Sewajarnya kita belajar cara mengucapkan takziah yang betul seperti yang diajar oleh Rasulullah.

UCAPAN-TAKZIAH-DALAM-ISLAM

Imam Nawawi menyatakan dalam kitabnya Al-Azhar bahawa ucapan takziah yang boleh disebut oleh seorang Muslim kepada Muslim yang ditimpa musibah kematian adalah seperti berikut:

“Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepadamu dan memperelok perkabunganmu serta mengampunkan dosa mayat ahli keluargamu.”

Wallahuaklam.

Rujukan: Al-Ustaz 26:107 (UCAPAN TAKZIAH DALAM ISLAM CARA RASULULLAH).