Kelebihan Makan Beramai-ramai

1) Daripada Jabir RA katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, makanan untuk seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang pula dapat mencukupi untuk empat orang, demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang.” -Riwayat: Muslim.

Kelebihan Makan Beramai-ramai

Huraian Hadith:

2) Orang yang bersifat pemurah dan bertimbang rasa akan dikasihi Allah SWT, Rasul dan manusia.

3) Makanan yang sedikit boleh mencukupi dan mengenyangkan ramai orang jikalau ia dimakan beramai-ramai sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

4) Rasulullah SAW melarang kita daripada bersifat kedekut dan bakhil sesama manusia dan makhluk lain. Continue reading…

 

Bersedekah Walaupun Sedikit

1) Daripada ‘Adi bin Hatim RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,”Takutlah kamu semua kepada Neraka sekalipun dengan bersedekah dengan sebelah buah tamar. Sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik.” -Riwayat: Bukhari dan Muslim.

Bersedekah Walaupun Sedikit

Huraian Hadith:

2) Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan takut kepada azab api Neraka.

3) Bercakap perkara-perkara yang baik adalah sama ganjarannya dengan bersedekah walaupun sedikit. Continue reading…

 

8 Tips Untuk Jadi Matang Pada Usia Muda

1) Pilih sahabat yang berfikiran positif.

8 Tips Untuk Jadi Matang Pada Usia Muda

2) Rajin berbual dengan ahli keluarga, banyak masalah dapat diselesaikan bersama.

3) Hadiri majlis ilmu. Walaupun kadangkala tidak faham perkara yang dibincangkan, ia mendedahkan diri kepada kematangan.

4) Kurangkan menonton siaran telivisyen dan program remeh-temeh.  Sebaliknya membaca isu-isu ilmiah dan terlibat dengan aktiviti yang sihat. Sedikit demi sedikit, kita merasai tempias kedewasaan.

5) Pilih pakaian yang sesuai. Tidak terlalu keanak-anakan dan tidak terlalu tua.

6) Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari dan berfikiran secara matang.

7) Tanamkan keinginan mencari ilmu baru.

8) Konsisten solat berjemaah di surau dan masjid. Ia “aura” semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan. Continue reading…