Sunat Berjabat Tangan

1) Daripada Anas RA katanya, orang-orang Yaman datang menemui Baginda lalu Rasulullah SAW bersabda, “Orang-orang Yaman datang kepada kamu semua dan mereka adalah orang pertama melakukan berjabat tangan ketika bertemu.” -Riwayat: Abu Daud dengan isnad yang sahih.

Sunat Berjabat Tangan

Huraian Hadith:

2) Islam telah mensyariatkan berjabat tangan ketika bertemu dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.

3) Penduduk negeri Yaman merupakan orang yang pertama sekali memperkenalkan berjabat tangan ketika bertemu.

4) Setiap perkara yang baik itu hendaklah dicontohi dan diamalkan walaupun ia bukan menjadi adat setempat. Continue reading…

 

Balasan Syurga Yang Teramat Indah

1) Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: “Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.” – Riwayat: Bukhari.

Balasan Syurga Yang Teramat Indah

Huraian Hadith:

2) Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah SWT.

3) Ingatlah, tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah SWT yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah SWT amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA. Continue reading…

 

3 Karekter Masa Yang Harus Kita Fahami

1) Ramai yang mengakui bahawa dia ada masa ataupun tiada masa, tetapi bagaimana ‘ada’ dan ‘tiada’ bagi masa dinilai jika karekter masa tidak difahami sebaiknya?

3 Karekter Masa Yang Harus Kita Fahami

2) Mari kita kenali tiga karekter utama bagi masa. Apabila sudah mengenali, moga-moga nkmat masa yang Allah peruntukkan kepada kita dapat dimanfaatkan sebaiknya.

3) Pertama- Masa Hanya Milik Allah. Tidak ramai yang mengambil berat bahawa nikmat 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun bukan milik manusia. Ia merupakan nikmat kurniaan Allah swt yang diberikan kepada manusia bukan atas tujuan sia-sia.

4) Bukti masa adalah hak milik Allah seperti yang terdapat pada ayat 13 Surah al-An’am, maksudnya: “Dan kepunyaan Allah segala yang ada pada malam dan siang. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Malam dan siang silih berganti dalam sehari, justeru bilakah waktu milik manusia? Jawapannya, tiada.

5) Kedua- Tidak Boleh Diundur. Sifat masa yang tidak boleh diundur mesti selari dengan tindakan manusia iaitu meneruskan kehidupan.

6) Ramai orang mengharap masa boleh diundur kembali untuk menebus kesalahan masa lalunya seperti tidak menumpukan perhatian ketika belajar, ponteng sekolah ataupun bertangguh untuk menyiapkan tugasan yang diberi cikgu. Hakikatnya, masa tetap bergerak ke hadapan dan tidak mungkin untuk dianjakkan ke belakang.

7) Ketiga- Disiplin Yang Tinggi. Masa merupakan contoh terbaik untuk melatih seseorang memimpin dirinya agar dapat menguruskan nikmat masa yang Allah anugerahkan.

8) Lihat sahaja bumi yang tetap berputar di atas paksi, manusia menyaksikan pertukaran malam dan siang setiap hari pada kadar yang sama. Atas disiplin putaran bumi ini, manusia dapat merancang aktiviti seharian dengan lebih tersusun.

9) Karekter disiplin bagi masa ini secara langsung dapat membentuk karekter disiplin terhadap manusia. Sesorang yang berdisiplin tidak akan menjadikan hidupnya sia-sia, dan sudah pasti dia betul-betul menghargai nikmat masa yang Allah anugerahkan kepadanya. Continue reading…