Peluang BERTAUBAT Terbuka Luas

Peluang BERTAUBAT Terbuka Luas

Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.”

Peluang BERTAUBAT Terbuka Luas

Huraian Hadith:

1) Sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan tanpa menentukan masa dan waktu.

2) Islam menyuruh hambanya supaya segera bertaubat. Kesalahan yang dilakukan pada waktu siang hendaklah segera bertaubat pada waktu malam dan kesalahan yang dilakukan pada waktu malam hendaklah segera bertaubat pada waktu siang.

3) Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari sebelah barat (tanda terlalu hampir kiamat).

BACA JUGA>>> 3 AMALAN Yang BERKAT.

Sumber: JAKIM (Peluang BERTAUBAT Terbuka Luas).

One thought on “Peluang BERTAUBAT Terbuka Luas

  1. Pingback: Keutamaan TAUBAT

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *