Perbezaan Azan dan Iqamat

Perbezaan Azan dan Iqamat

Soalan: Apakah perbezaan antara azan dan iqamat. Adakah kedua-dua ini berbeza?

Perbezaan-Azan-dan-Iqamat

Jawapan: Perbezaan antara azan dan iqamat adalah seperti berikut:

1) Azan dibolehkan sebelum masuk waktu solat Subuh. Tetapi iqamat tidak boleh dilaungkan sebelum masuk waktu solat.

2) Azan boleh dilaungkan pada awal waktu walaupun solat dilewatkan hingga akhir waktu.  Adapun iqamat tidak boleh dilaungkan melainkan ketika hendak mendirikan solat.

3) Azan disunatkan dua kali untuk solat Subuh, adapun iqamat tidak boleh dilaungkan dua kali, cukup hanya sekali.

4) Makruh bagi seorang wanita melaungkan azan tetapi disunatkan wanita melakukan iqamat.

5) Boleh mengupah orang untuk azan mengikut pendapat terkuat mazhab al-Syafi’i, adapun mengupah orang untuk iqamat hukumnya tidak boleh.

Wallahuaklam.

Rujukan: Ustaz Fauwaz Fadzil, Solusi#61:77 (Perbezaan Azan dan Iqamat).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *