PERINGATAN DI SEBALIK 5 JARI

PERINGATAN DI SEBALIK 5 JARI

Manusia dicipta oleh Allah SWT mempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri. Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati disebalik 5 jari itu tersimpan peringatan untuk kita.

PERINGATAN-DI-SEBALIK-5-JARI

Jom kita tengok! Lekapkan tapak tangan kanan di atas meja. Kemudian perhatikan 5 jari bermula dari paling kanan.

JARI IBU– jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing mesyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar, iaitu agama Allah SWT.

JARI TELUNJUK– jari yang ‘mengungkap’ satu dan keEsaan Allah SWT. ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.

JARI HANTU– Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini-sekitar 30an ke atas, kehidupan telah stabil.  Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil ini bermulanya ‘hantu-hantu’ yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego,hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan banyak diuji, untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.

JARI MANIS– Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan menusia apabila masuk ke alam remaja. Di sebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk ‘amal makruf nahi mungkar’ dengan sebenar-benarnya.

JARI KELINGKING– Kecil dan kerdil. Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.

Wallahuaklam.

Sumber: GEN-Q: 05-32-33 (PERINGATAN DI SEBALIK 5 JARI).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *